I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 9, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

Mesyuarat Agung PIBG Sk Bunut Susu kali ke 36 telah berjaya diadakan pada 8 April 2011 , jam 2.30 petang. Mesyuarat dirasmikan oleh Kketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Hanapi Mamat. Dalam ucapannya beliau telah menegaskan pentingnya ibubapa menitikberatkan pelajaran anak-anak demi masa depan masyarakat melayu, agar tidak ketinggalan daripada bangsa lain. Dalam Mesyuarat ini 21 orang AJK baru telah dilantik yang terdiri dari muka lama dan muka baru.

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR DI SUDARA



Tanggal 7 April 2011, 130 orang murid tahun enam SK Bunut Susu bertolak ke Sudara Beach Resort, Tok bali menaiki 3 buah bas.Mereka telah berada disana untuk program teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Diiringi 9 orang guru tahun 6, murid ceria menimba ilmu sambil beriadah dipinggir laut dan mandi di kolam. Semoga mereka akan menggapai kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti.

Wednesday, April 6, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU 2011


Bertempat di dewan seminar Sk bunut Susu, Pelajar tahun 6 telah mengikuti teknik menjawab soalan BAHASA MELAYU sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian Bulan April. Pihak sekolah mengharapkan lebih ramai murid mendapat A pada periksaan kali ini. Ceramah disampaikan olehEn Azman Mohd Zain dari SK Kubang Kuau.

PAMERAN ANTI DADAH



DADAH musuh negara. Sehubungan dengan itu, Unit Kaunseling SK Bunut Susu telah mengambil langkah memberi kesedaran kepada murid-murid melalui pameran antidadah dan pertunjukan anjing pengesan narkotik. Bertempat di dewan Sk Bunut Susu pameran diadakan oleh Unit K9 Kastam Rantau Panjang pada 29 MAc 2011.
Melalui pameran ini diharap murid sedar bahaya dadah dan tidak akan mendekati dadah.

Monday, April 4, 2011

SAMBUTAN MAULUD SK BUNUT SUSU MERIAH


Majlis sambutan Maulud peringkat sekolah tahun 2011 telah disambut pada hari khamis 24 Februari 2011,bertempat di Sk Bunut Susu. Majlis sambutan dimulai dengan berkumpul di maqsjid Al Rahman, berselawat beramai-ramai, kemudian murid dan semua guru berarak sambil berselawat menuju ke sekolah sepanjang 0.5 km.Majlis diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ust Shahiran dan persembahan murid , dan diakhiri dengan Jamuan nasi. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini.

BULAN DISIPLIN

Bulan Januari 2011 telah diistiharkan sebagai BULAN DISIPLIN bagi sekolah SK Bunut Susu.Berbagai program telah dirancang termasuk Tazkirah, ceramah Disiplin,pertandingan melukis poster disiplin, pertandingan murid berdisiplin dan lain-lain.

KURSUS PEMIMPIN KECIL


Pada 5 MAc 2011, seramai 80 orang pengawas dan Pustakawan SK Bunut Susu telah mengikuti Kursus Pemimpin Kecil di Pantai Sri Tujuh, Tumpat selama 3 hari. Tahniah kepada Guru-guru yang telah berjaya mengadakan kursus tersebut. Diharap usaha ini akan menjadikan pemimpin kecil  SKBS lebih berilmu, berdisiplin dan beretika.