I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 15, 2011

SK BUNUT SUSU CEMERLANG TAEKWANDO



Lima peserta taekwando Sk Bunut susu telah memenangi berbagai cara di pertandingan Teakwando peringkat negeri Kelantan yang diadakan di Komplek Sukan Panji pada 22 Julai 2011.Pesereta terbaik 2011 (peringkat Sek rendah) telah dimenangi oleh adik Muhamad Azri Mat Ripin dari Sk Bunut Susu. Sk juga telah memenangi Juara Keseluruhan.




GOTONG ROYONG MEMBERSIH PANTAI







pADA 26 JULAI 2011, Seramai 115 orang murid tahun 4 SK Bunut Susu telah menyertai gotong royong membersih pantai Sri tujuh, Tumpat, Kelantan.Program anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Menaiki 2 buah bas kesana diiringi oleh 6 orang guru.






LAWATAN PRIHATIN



Bencana datang tanpa diundang. Seorang murid Sk Bunut Susu telah ditimpa malang apabila rumah keluarganya hangus terbakar pada Jun 2011. Ekoran dari itu kutipan derma telah diadakan kepada semua murid. Hasil kutipan telah diserahkan kepada Mohd Azwa ditapak rumahnya oleh guru dan serombongan murid-murid yang membuat lawatan ke sana.



Diharap sumbangan itu dapat menceriakan Mohd Azwa




MAJLIS BERBUKA PUASA NISFU SYA'BAN



pADA 17 jULAI 2011 BERSAMAAN 15 Sya'ban, bertempat di Musalla SK Bunut Susu, seramai 300 orang murid tahap 2 SK Bunut Susu yang berpuasa, telah berbuka puasa mereka bersama-sama. Majlis anjuran panitia Pendidikan Islam dan JQaf serta guru-guru Kafa.



Objektif program ialah untuk melatih murid berpuasa sempena menyambut kedatangan Ramadhan




SUKANEKA PRA SEKOLAH 2011



Pada 21 Mei 2011, seramai 50 orangmurid Pra sekolah Sk Bunut Susu telah menyertai acara sukaneka yang di adakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan. Kesemua murid diiringi oleh ibu bapa masing-masing .Terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Kelantan kerana menyediakan Bas untuk pengangkutan ke sana.






Sunday, May 8, 2011

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS



Seramai 30 orang ibu bapa murid LINUS tahun 1dan 2 telah dipanggil ke sekolah untuk berbincang . Perjumpaan ini dirancang bagi mengenal pasti masalah pembelajaran murid LINUS tersebut, seterusnya mencari kaedah yang terbaik untuk mengajar mereka. Dalam ucapan alu-aluan Guru Besar pada majlis tersebut, Guru Besar telah memohon kerjasama dari semua ibu bapa untuk mempastikan anak mereka hadir ke sekolah setiap hari disamping mempastikan anak mereka membuat kerja rumah yang diberikan guru.Diharap perjumpaan ini akan memberikan cahaya kepada murid linus agar dapat masuk ke aliran Perdana

MURID CEMERLANG UBB APRIL 2011



Ujian Bulan April 2011 berlangsung pada 18 -20 April 2011.Semua mrid tahun 2 hingga tahun 6 telah menduduki ujian Bulanan tersebut. Murid tahun 1 menjalani ujian berasaskan sekolah yang dikendalikan oleh guru matapelajaran masing-masing.
Bagi murid tahun 6, seramai 7 orang murid telah mendapat 5A dan 9 orang murid mendapat 4A. Pencapaiuan ini walaupun tidak banyak tetapi telah meningkat dari ujian yang lalu.Kegembiraan dirasai oleh semua tenaga pengajar tahun 6 dan menjadi motivasi untuk meneruskan bakti mendidik murid mencapai target 50 orang 5A

Saturday, April 9, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011

Mesyuarat Agung PIBG Sk Bunut Susu kali ke 36 telah berjaya diadakan pada 8 April 2011 , jam 2.30 petang. Mesyuarat dirasmikan oleh Kketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Hanapi Mamat. Dalam ucapannya beliau telah menegaskan pentingnya ibubapa menitikberatkan pelajaran anak-anak demi masa depan masyarakat melayu, agar tidak ketinggalan daripada bangsa lain. Dalam Mesyuarat ini 21 orang AJK baru telah dilantik yang terdiri dari muka lama dan muka baru.

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR DI SUDARA



Tanggal 7 April 2011, 130 orang murid tahun enam SK Bunut Susu bertolak ke Sudara Beach Resort, Tok bali menaiki 3 buah bas.Mereka telah berada disana untuk program teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Diiringi 9 orang guru tahun 6, murid ceria menimba ilmu sambil beriadah dipinggir laut dan mandi di kolam. Semoga mereka akan menggapai kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti.

Wednesday, April 6, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU 2011


Bertempat di dewan seminar Sk bunut Susu, Pelajar tahun 6 telah mengikuti teknik menjawab soalan BAHASA MELAYU sebagai persediaan untuk menghadapi Ujian Bulan April. Pihak sekolah mengharapkan lebih ramai murid mendapat A pada periksaan kali ini. Ceramah disampaikan olehEn Azman Mohd Zain dari SK Kubang Kuau.

PAMERAN ANTI DADAH



DADAH musuh negara. Sehubungan dengan itu, Unit Kaunseling SK Bunut Susu telah mengambil langkah memberi kesedaran kepada murid-murid melalui pameran antidadah dan pertunjukan anjing pengesan narkotik. Bertempat di dewan Sk Bunut Susu pameran diadakan oleh Unit K9 Kastam Rantau Panjang pada 29 MAc 2011.
Melalui pameran ini diharap murid sedar bahaya dadah dan tidak akan mendekati dadah.

Monday, April 4, 2011

SAMBUTAN MAULUD SK BUNUT SUSU MERIAH


Majlis sambutan Maulud peringkat sekolah tahun 2011 telah disambut pada hari khamis 24 Februari 2011,bertempat di Sk Bunut Susu. Majlis sambutan dimulai dengan berkumpul di maqsjid Al Rahman, berselawat beramai-ramai, kemudian murid dan semua guru berarak sambil berselawat menuju ke sekolah sepanjang 0.5 km.Majlis diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ust Shahiran dan persembahan murid , dan diakhiri dengan Jamuan nasi. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini.

BULAN DISIPLIN

Bulan Januari 2011 telah diistiharkan sebagai BULAN DISIPLIN bagi sekolah SK Bunut Susu.Berbagai program telah dirancang termasuk Tazkirah, ceramah Disiplin,pertandingan melukis poster disiplin, pertandingan murid berdisiplin dan lain-lain.

KURSUS PEMIMPIN KECIL


Pada 5 MAc 2011, seramai 80 orang pengawas dan Pustakawan SK Bunut Susu telah mengikuti Kursus Pemimpin Kecil di Pantai Sri Tujuh, Tumpat selama 3 hari. Tahniah kepada Guru-guru yang telah berjaya mengadakan kursus tersebut. Diharap usaha ini akan menjadikan pemimpin kecil  SKBS lebih berilmu, berdisiplin dan beretika.

Wednesday, November 10, 2010

Tahniah dan Syabas

keputusan UPSR 2010 telah diumumkan... Pencapaian tahun ini menunjukkan peningkatan dengan 48 orang calon telah berjaya memperolehi 5A. Tahniah dan Syabas kepada semua guru SKBS di atas pencapaian yang cemerlang ini...

Monday, September 20, 2010

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2010

Selamat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua pelajar Tahun Enam. Seramai lebih kurang 145 orang pelajar menduduki UPSR bagi tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon.











Friday, June 25, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN KWAPM SKBS 2010


Majlis Perasmian Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ) 2010 SK Bunut Susu telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 25 Jun 2010. Majlis perasmian ini berlangsung di Dewan Terbuka SKBS. Sebanyak 405 orang pelajar yang layak menerima KWAPM pada tahun ini.